Sunday, October 19, 2014


........................................................................................................................................
 "Huzaif Addi . Heddie . Hed. Harapnya kau tak kisah lah kan aku panggil kau Hed. Tambah pulak aku sebenarnya lagi dua tahun tua daripada  kau. Bezanya aku peralihan. Pape pun, welcome to the club." sapa Luffy, ketua bagi seisi dunia Floppy. Kira yang paling tua yang paling orang respect dan yang paling bagi segala paling, semua tu bagi dekat Luffy.

   Bukan sebab Luffy yang tolong dia lari dari rumah dua tahun lepas, kalau bukan sebab Luffy yang bawa dia keluar dari rumah yang macam neraka dah gayanya, tak mungkin seorang Huzaif Addi takkan hidup sampai sekarang.

"Aku jadi macam ni sebab adik aku je tau." Fareez memecahkan sunyi di ruang atas Wisma Lop pecah. Pecah. Kemudian sepi bercantum kembali.

"Lima tahun sebelumnya,  Fareez Reza Bin Muhammad Raez Shah yang sebenarnya budak paling spoil tahap gaban dekat sekolah dengan rekod paling tak pernah tak teratas dalam bab salahlaku memanjang dilaporkan jatuh pada ego sendiri cuma sebab adik perempuan dia. Ya, kerana seorang adik yang pernah lari daripada memegang status adik kepada dirinya sendiri, Fareez Reza Bin Muhammad Raez Shah.

" Kalau macam ni lah perangai abang, sampai bila-bila pun orang taknak mengaku jadi adik abang lah. Maaf sebab kasar, tapi I just hope you'll remember that how much I hate you cuma sebab perangai abang macam ni."